"Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love."

13 January 2012

Cuti-cuti di Pulau Pangkor



Bulan lepas berkesempatan menjejakkan kaki di Pulau Pangkor..Perjalanan dari KL ke Lumut mengambil masa lebih kurang 4 jam, sbb singgah pick up sorg lg member dekat dgn Batu Gajah.Nasib baik kami tiba awal 15 minit sebelum berlepasnya ferry yg terakhir ke Pulau Pangkor,kalau tidak,terpaksa la tidur dlm keta dlu sementara tggu ferry paling awal keesokkan paginya..

Kiteorg stay dekat Flora Beach Resort Chalet..Harga bilik pun ok,sesuai dgn budget..Makanan kt sini ok2 je..cuma jgn terpedaya dgn makanan seafood ataupun ikan bakar,silap haribulan,xde duit tambang nk balik lepas makan kt situ sbb dieorg charge ikut suka ati dieorg je..huhu

Boleh kata best jugak bercuti di Pangkor nie, walaupun xde byk sgt tempat yg menarik utk dikunjungi..Yang syoknya 1st time gi snorkeling.Ingat dapat la tgok ikan dlm air,last2 hampeh..air die cm keruh cket pastu banyak giler timun laut..eeee geli tau tak!!! & habis kaki berdarah terlanggar batu2 tajam dkt dalam laut..huhu



Pantai pangkor pun tak de la ramai sgt org mcm pantai PD tu,so dapat la bersantai dengan selesa..Kalau ade peluang, Insyallah rasa mcm akan pergi lagi ke Pangkor..

24 November 2011

Sedap sangat ke air ketum..??



Setahun lebih x post kt blog nie..so, hari ni rase nk cte ttg daun/air ketum..dulu x tahu pasal bnda ni..tp bila berkawan rapat dgn orang-orang kedah, sikit sebanyak tahu la jugak..

Kalau nk diikutkan memang salah ambil bnda ni, tp bg orang-orang kampung yang dh biasa, susah sikit nk tinggal bnda ni..Bagi dieorg, air ketum bkn sahaja sebagai ubat, tetapi sebagai tambahan tenaga untuk diri dieorg..

Sy sendiri pernah tgok daun ketum, dan bagaimana ianya direbus sehingga ianya boleh diminum..kalau korang nk tahu lebih detail tentang daun ketum, sy ade copy paste sedikit maklumat daripada wikipedia..

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak ( Dalam Bahasa Inggeris Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Air rebusan daun ketum boleh juga menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi "mitraginin" yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

Haa! kepada sesiapa yang mengambil air ketum dalam kuantiti yang banyak tu, beringatlah..kalau boleh kurang, kurangkan lah..lebih baik berhenti terus..huhuhu

15 November 2010

Hadirnya seorang yang bernama "Teman"

Lama sungguh x menjenguk blog nih..hmm..xde cte menarik pun, cuma nk berkongsi kegembiraan je..Alhamdulillah, diatas kelukaan yg aku lalui baru-baru ni, kini telah disirami dgn ubat yg paling mujarab..luka-luka mulai sembuh sedikit demi sedikit..

Ubat yg dinyatakan di sini ialah telatah kawan-kawan dan perhatian drpd seorg yg istimewa, seorang yg sentiasa cuba buat aku tersenyum..

Norazril Ahmad Shaffie org yg dimaksudkan..orgnya simple,happy go lucky,kelakar & caring...