"Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love."

30 December 2009

Malcon East IV - Lebanon

Malcon East IV

Kontinjen keempat ini mula menjalankan misi pengaman mereka bermula 1 Mei 2009 hingga 29 Januari 2010.

Misi pengaman ini ditugaskan selama sembilan bulan dan untuk anggota wanita selama empat setengah bulan di mana melibatkan dua kumpulan wanita dalam satu misi.

Penubuhan, persedian dan penugasan pasukan Malcon East IV dilaksanakan dalam empat tahap. Tahapnya boleh dibahagikan seperti berikut:

Tahap 1 - persedian dan latihan.

Tahap 2 - pergerakan ke kawasan misi.

Tahap 3 - pelaksanaan tugas di kawasan misi.

Tahap 4 - pergerakan balik ke tanah air dan pembubara

Latihan yang diberikan juga meliputi pentadbiran, anggota, ujian kecergasan jasmani, latihan induk, forces integration training (FIT) dan persiapan logistik di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD), Kem Batu 10, Kuantan, Pahang mulai 6 Januari 2009 selama tiga bulan.

Bentuk persedian dan latihan yang diberikan adalah bertujuan memastikan pasukan Malcon East IV memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Kriteria-kriteria ini bertujuan melahirkan pegawai dan anggota ATM berkualiti dan berwibawa selain:

: Terlatih dan dilengkapi ilmu pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan mandat PBB.

: Berupaya melaksanakan pengawasan dan tinjauan.

: Berupaya menguruskan keupayaan logistik sendiri.

: Berupaya beroperasi bersendirian di kawasan tanggungjawab (KTJ).

: Bersedia untuk berada di kawasan misi sekurang-kurangnya sembilan bulan.

Anggota

Pasukan Malcon East IV Unifil terdiri daripada 279 anggota Tentera Darat, 40 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 40 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang staf awam. Mereka berlepas ke Lebanon pada 21 April lalu.

Kumpulan pertama (pendahuluan) Malcon East IV telah berlepas ke sana dan melibatkan 160 orang (termasuk dua pegawai dan tiga anggota wanita).

Selepas itu, kumpulan kedua pula akan melibatkan seramai 199 orang (termasuk tujuh anggota wanita) dan berlepas pada 30 April.

Malcon East IV diketuai oleh Kolonel Hashim Aman Shah sebagai Komander Pasukan dan dibantu oleh Leftenan Kolonel Romainor Mohamed selaku Timbalan Komander.

Pada misi kali ini, pasukan wanita Malcon East IV akan menjalankan tugas di sana selama empat setengah bulan.

Kumpulan pertama diketuai oleh Kapten Suzie@Suzianna Yusof manakala kumpulan kedua diketuai oleh Kapten Junainah Baharudin.

No comments:

Post a Comment