"Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love."

07 January 2010

Tentera Darat Malaysia - Sepintas lalu

Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat dan komponen terbesar di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang aturkan menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu

Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai Kompeni percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.

Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion.

Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Tentera Darat Malaysia dipermodenkan menjadi satu pasukan tentera unuk peperangan konvensional.



Mahkota - Melambangkan Taat Setia Tentera Darat Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Bulan dan Bintang - Melambangkan sikap anggota Tentera Darat Malaysia yang taat setia kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Negara. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya. Berlian melambangkan kekayaan hasil bumi yang dinikmati rakyat Malaysia. Kalungan Bunga Padi sebanyak 16 butir menunjukkan 16 kor yang terdapat di dalam Tentera Darat Malaysia. Keris Bersilang Duku Ilang melambangkan keperwiraan. Lambang ini menunjukkan pantang undur dan sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.

No comments:

Post a Comment