"Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love."

01 March 2010

Siapa Dia...???

Saat ini terasa ingin bercerita tentang seorang insan yang terlalu istimewa dalam hidup aku.

Mengenali insan bernama Mohamad Johar Ariffin Bin Hj Lobot adalah perkara yang paling bermakna dalam hidup aku suatu ketika dahulu.

Lelaki anak kelahiran Sarawak ini dilahirkan pd 30 May 1973 dan menjadikan Tentera sebagai kerjayanya.

Perkenalan awal aku dengan dia bermula hanya dengan sebuah senyuman.Benar kata orang,senyuman boleh mencairkan hati seorang perempuan.

Melihat caranya yang bersahaja,membuatkan aku teruja untuk mendekati dirinya.

Suara, bicara dan gelak tawa dia mampu buat aku merasa sungguh bahagia.

Hanya dia dihati aku saat itu.Hanya dia harapan dan impian aku.

Tetapi sayangnya.tatkala hati aku mula menyayangi dan menyintai dia,halangan demi halangan datang melanda.Hanya kekuatan dan kesabaran yang mampu mengatasi hari-hari sukar antara aku dan dia.

Hanya pada Yang Esa aku meminta dan berserah.Supaya dia sentiasa menjadi miliku,bukan sekadar menemani ku di dunia yang nyata ini,tetapi sehingga di akhirat kelak.

Tetapi,sayangnya pelamin indah yang selama ini aku angankan untuk kami berdua tak kan mampu menjadi kenyataan maupun realiti kerana dia kini sudah begelar suami kepada seseorang.

Semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu..Insyallah..


Kau kini cuma sejarah silam & kenangan manis buat aku..

No comments:

Post a Comment