"Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love."

21 April 2010

Nasi Kandar.. --> I Like!!!

Kalau korang nk tahu, makanan favourite aku selain pada seafood,tentu2 lah nasi kandar..nama pun org penang kan..so, ari ni rasa nk bercerita pasal nasi kandar la plak..he3..

Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.

Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung atau bendi. kari pulak dituang pada nasi.orang selalu kata kuah 'banjir' ..baru meleleh makan..he3

Favourite aku ni dikongsi bersama dgn kekasih hati aku..walaupun die org sarawak,tp xtau la die blajar mana makan nasi kandar ni..setiap kali date, mesti nk lepak mamak..lauk die semestinye kari kambing! uiihhh.. kalah aku bila tgok seleranye die makan nasi kandar.. he3

So,lastly kpd sesiapa yg blom try,cuba try dulu sekali..mesti mau lagi..jgn la p rasa nasi kandar yg x berapa nk sedap..mesti la x best..aku suggest p la try Kassim Mustafa ke, Pelita ke..Nasi Kandaq Beratoq ke..Baru meletoppp...

No comments:

Post a Comment