"Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love."

16 April 2010

PENANG!!! I Love U lahh...

Pulau Pinang a.k.a Pulau Mutiara merupakan tempat kelahiran dan tempat dimana aku dibesarkan. Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis. Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light.
George Town adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur.

Jambatan Pulau Pinang di Malaysia telah siap dibina dan dirasmikan pada tanggal 3 Ogos 1985 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Panjang jambatan Pulau Pinang ini ialah 13.5 km (8.4 miles).Kalau sapa-sapa dari Kl ke..Kedah ke..mana-mana la..nk mai jalan kat rumah aku,mesti kena lalu jambatan ni..



Kalau sapa-sapa dari Kl ke..Kedah ke..mana-mana la..nk mai jalan kat rumah aku,mesti kena lalu jambatan ni.tak pun sapa yg suka nk amik angin,tgok laut ke,boleh la naik feri,tambang die sama je.

KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Menara KOMTAR merupakan bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang dan ke-6 di Malaysia.

KOMTAR ni tempat aku lepak & dating time zaman-zaman sekolah dulu. Sekarang ni dah lama tak jejak kaki kt sini..rindu la plak..Selain pada Komtar, aku suka p lepak kt Padang Kota Lama.saja p rilek-rilek tgok laut petang2..tenang je rasa.xpun,cuti-cuti p naik Batu Feringgi berkelah kt sana sambil mandi laut..

Nak tau x dulu aku sekolah kt mana smpai aku pndai baca ABC sekarang ni..?ha...Aku blajaq kt Methodist Girl School, dari darjah 1 smpai darjah 6. Hari-hari p sekolah arwah bapa aku hantar. Anak manja la katakan..sekarang ni aku dh xtau dh kt mana semua kawan2 baik aku time sekolah sini dulu. ishkk..mana nak cari ekk..??



Tahun 2000, aku pindah sekolah..sekolah paling dekat dgn rumah aku..haha.. SMK Abdullah Munshi..p sekolah jalan kaki je.Time sekolah kt sini mmg best giler ahh..yg paling xtahan nye,aku kelas arab dr form 1 smpai form 3..3 tahun blajaq,sepath pun aku x ingat..huhu PMR main belasah je..Masuk form 4 plak galak nk masuk kelas sains..tapi mmg happening la dak2 kelas aku time tuh..Aku paling aktif kt sekolah..semua bnda aku join..camp,rombongan,wakil sekolah..uhuhu..dasyat!



Aku blajaq kt sini sampai lah form 5,tahun 2004. 5 tahun di SAM, memberi aku banyak pengalaman dan kenangan Baik dan buruk akan sentiasa aku ingat..

Aku berbangga menjadi anak kelahiran Pulau Pinang ni. Macam ada kt Pulau Pinang ni. Kalau nk cerita bab makanan memang sampai esok pun x habis..tp favourite aku tentu-tentulah nasi kandaq..haha Selain pada tu aku suka p makan Ikan Bakaq dgn mee udang kt teluk kumbar..umpphh..terbaikk la wehh..

Dan selama 23 tahun aku kt penang ni, satu je lg tempat yg aku nk p,tp x smpai2 lg..huhu..org lain yg dr negeri luar semua dh smpai Bukit Bendera,tp aku x jejak2 lg..kesian kn..



Alamak..dh tak tau nk cerita apa lg la..nnt aku smbung lg ekk cerita pasai Pulau pinang ni..ha!!kalau korang mai jalan Penang,jangan lupa singgah chowrasta..p beli jeruk sbgai buah tangan..murah giler... :-) daaa ~~~

No comments:

Post a Comment