"Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love."

07 June 2010

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA HARI ULANG TAHUN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Gigih dan bersemangatnya aku bangun seawal jam 6 pagi pd 5hb Jun, sabtu yg lepas gara-gara tak mahu terlepas menyaksikan ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA HARI ULANG TAHUN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG..

Tepat jam 7.35am, aku tiba di perkarangan Dataran Merdeka ditemani oleh Siti Zubaidah yg sememangnya lebih awal tiba di situ kerana menemani kekasih hatinya, Aqmal Jaafar yg bertugas pd hari tersebut..

Tak sabar rasanya menunggu detik jam 8.00am, kerana ketibaan Tuanku antara detik-detik paling istimewa pagi itu kerana kekasih hati aku, Mohamad Johar Ariffin antara anggota yg bertugas mengiringi Tuanku dari Istana Negara ke Dataran Merdeka..



Istiadat sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong itu diadakan sebagai sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada baginda selaku pemerintah tertinggi angkatan itu.

Keberangkatan tiba pasangan diraja itu tepat pada pukul 8 pagi disambut dengan lagu Negaraku dan 21 das tembakan meriam.

Turut hadir menyaksikan istiadat itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Seri Paduka Baginda kemudian menaiki pentas khas untuk menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Pada masa sama lima helikopter milik ATM yang masing-masing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang di ruang udara di atas Dataran Merdeka untuk upacara lintas hormat.

Seri Paduka kemudiannya memeriksa perbarisan terdiri daripada 22 pegawai dan 546 anggota lain- lain pangkat diiringi Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Nazim Mohd. Alim.

Sebaik selesai pemeriksaan perbarisan, Gabungan Pancaragam Pusat ATM diketuai Kapten Mohd. Rizal Mohd. Noor masuk membuka medan sekali gus memulakan istiadat mengarak panji-panji dalam tempo kawad perlahan dan cepat.

Panji-panji yang diarak telah dianugerahkan oleh Seri Paduka kepada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Armor Diraja pada 1963, TLDM (1966), TUDM (1967) serta Rejimen Renjer Diraja (1992).

Laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema di Dataran Merdeka pada penghujung istiadat mengarak panji-panji itu.

Tuanku Mizan kemudian sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan dan lintas hormat oleh kelima-lima helikopter ATM itu.

Iringan muzik lagu-lagu patriotik yang dimainkan Gabungan Pancaragam Pusat ATM oleh anggota daripada TDM, TLDM dan TUDM, sepanjang istiadat itu berlangsung, menyerikan lagi majlis penuh warna-warni itu.

Turut hadir ke istiadat itu ialah menteri-menteri Kabinet, pegawai-pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, atase pertahanan beberapa kedutaan serta suruhanjaya tinggi di negara ini dan orang ramai.

Tak ketinggalan juga,aku mengambil peluang yang ada utk bergambar dengan putera hati aku pd pagi tersebut..Betapa segak dan hensemnya die berbaju No 1 lengkap..

Rasa sangat bertuah dan berbangga menjadi kekasih seorang anggota tentera..Walau apa pun yg terjadi antara kami suatu hari nnt,kenangan ini tak mungkin dapat dilupakan..

No comments:

Post a Comment