"Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love."

24 November 2011

Sedap sangat ke air ketum..??



Setahun lebih x post kt blog nie..so, hari ni rase nk cte ttg daun/air ketum..dulu x tahu pasal bnda ni..tp bila berkawan rapat dgn orang-orang kedah, sikit sebanyak tahu la jugak..

Kalau nk diikutkan memang salah ambil bnda ni, tp bg orang-orang kampung yang dh biasa, susah sikit nk tinggal bnda ni..Bagi dieorg, air ketum bkn sahaja sebagai ubat, tetapi sebagai tambahan tenaga untuk diri dieorg..

Sy sendiri pernah tgok daun ketum, dan bagaimana ianya direbus sehingga ianya boleh diminum..kalau korang nk tahu lebih detail tentang daun ketum, sy ade copy paste sedikit maklumat daripada wikipedia..

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak ( Dalam Bahasa Inggeris Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa. Air rebusan daun ketum boleh juga menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi "mitraginin" yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

Haa! kepada sesiapa yang mengambil air ketum dalam kuantiti yang banyak tu, beringatlah..kalau boleh kurang, kurangkan lah..lebih baik berhenti terus..huhuhu

No comments:

Post a Comment